Iklan

Wednesday, December 1, 2010

Pertandingan Keras Kepala

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur.
Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan jatuh ke tanah, tanpa apa-apa kecederaan. Pertandingan ini dilakukan di bangunan KLCC. Dimulakan pertandingan, peserta pertama dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun....Whooosh! Gedegam! Kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan. Peserta kedua pula dari Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooooommm! Bang! Dia bangun dan menggosokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 pula adalah dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan pantas bangun dan mencuci kotoran di kepalanya. Kemudian tiba pula giliran peserta keempat dari Indonesia. Dengan pantas beliau naik ke tingkat 4 dan terus terjun macam roket....Zuuussssss!!! Gedebang!!! Dan bangun sambil membuang kotoran di kepalanya sambil menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari penyokong Indonesia yang ramai di negara ini....Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 5. Beliau dengan rilex dan selamba berjalan perlahan menuju ke tingkat 5. Sampai ditepi beliau berdiri sahaja. Pengadil dan penonton menjerit-jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatih bertempik menyuruh dia terjun. Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Semua orang termasuk media tertumpu ke arah peserta dari Malaysia itu. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya... pemenang pertandingan KERAS KEPALA adalah dari ...........MALAYSIA!!!!!!!!!
>> haha!!!!...
>> MALAYSIA BOLEH.

No comments:

Post a Comment