Iklan

Monday, November 29, 2010

Buat Teman-Temanku yg Diingati...


> > > Buat Teman-Temanku yg Diingati...
> > > jangan cinta kerana dia lelaki..
> > > kelak kita akan membenci..
> > > jika dia bukan lelaki yang dicari..
> > > hanya pandai menabur janji..

> > > jangan dirindu pada paras rupa..
> > > kelak kita akan terseksa..
> > > jika dia tidak sebaik rupanya..
> > > senyumnya manis tipu belaka..

> > > jangan disayang kerana berharta..
> > > kelak kita hidup menderita..
> > > jika hartanya habis dibelanja..
> > > sukarnya hidup miskin dan papa..

> > > jangan dikasih kerana dipuji..
> > > kelak kita menagih janji..
> > > jika rupa berkedut dimamah hari..
> > > hilang sudah puji memuji..
> > >
> > >
> > > jangan dicari seorang kekasih..
> > > kelak kita akan disisih..
> > > jika kasih luntur bersih..
> > > menangislah diri hidup bersedih..

> > > jangan disambut salam rindu..
> > > kelak kita menahan sendu..
> > > jika rindu tak dapat disatu..
> > > dimanakah akan kita mengadu..
> > >
> > > jangan dilayan seorang teman..
> > > kelak hidup menjadi ancaman..
> > > jika teman tidak beriman..
> > > dibakar api dihari kemudian..

> > > wahai sahabat wahai teman..
> > > carilah dia kerana tuhan..
> > > untuk menambah ceteknya iman..
> > > bekalan diri hidup berteman..

> > > wahai sahabat wahai teman..
> > > cintailah dia kerana beriman..
> > > dijadikan tuhan sebagai pasangan..
> > > baik buruk ketentuan tuhan..
> > >
> > > wahai sahabat wahai teman..
> > > terimalah dia penuh keihlasan..
> > > pandai buruk anggaplah dugaan..
> > > andai baik pujilah tuhan..

> > > wahai sahabat wahai teman..
> > > ingatlah akan janji tuhan..
> > > isteri yang baik besar balasan..
> > > suami penyabar itulah kemenangan..

Friday, November 26, 2010

Pakwe Hampehhhh............

>Hello sayang...

>kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi...
>janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu
>kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel....
>janganlah sayang jeles kat abg kalau2 ada awek lain yang asyik
>pandang2 dan senyum2 kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

>Apa......tak muat.....???
>kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal
>la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang
>sayang bayarkan tadi..esok2 abg bayarla balik kat sayang.....
>sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit..
>tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg....
>RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power
>sikit....
>tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tuh....

>Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat
>longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas
>titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau
>ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak
>buat lagi.......

>Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la...
>abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh.....
>soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih...
>sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong
>abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh???
>udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

>Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee...
>abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan
>ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu...
>Hehehehe .. henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek
>abg.........

>Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh......
>abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer
>dia la..... pasal tu la tiket dah abis.....
>lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk
>hariraya
>aritu...
>kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita
>esok2.....
>bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi....
>buat apa nak beli baru kannn...
>tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks.....
>ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan
>kaler lain....

>buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat
>tak siap2 lagi.... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk
>pergi keje.... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh....
>sayang pergi keje naik LRT pun bolehh...........

>lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg
>bank-in kan RM300 kat akaun abg ye...
>bukan apa......Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii....
>motor kapcai abg pun tak camni.......

>okeyla sayang......dah cakap lama ni......
>jgn lupa top up kan prepaid abg nii......
                 >esok2 senang abg nak call sayang lagi..........

Thursday, November 25, 2010

Anda wanita cantik


SATU PENGHARGAAN BUAT WANITA................

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau
menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh
ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap
ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita
begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun,
harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

  
"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya - tempat dimana cinta itu ada."
  
Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari ini untuk
memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!
  
Setiap Wanita itu Cantik.







Wednesday, November 24, 2010

Bagaimana menantu lelaki mengambil hati mentua


Sebagai menantu lelaki, anda mungin menghadapi masalah tentang bagaimana
untuk menyesuaikan diri dengan ibu mentua. Mungkin anda malu atau mungkin
anda tidak tahu bagaimana untuk mulakan hubungan tersebut. Isteri anda
boleh membantu anda.
Salah satu langkah yang boleh dilakukan ialah dengan meluangkan waktu untuk
lebih sering mengunjungi ibu mentua (jika tidak tinggal serumah) atau lebih
sering memperhatikan ibu mentua (jika tinggal serumah). Ini boleh dilakukan
bersama isteri anda atau tidak.

Anda dinasihatkan untuk lebih mengalah. Ibu mentua umumnya sudah berusia
lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logikal. Ibu mentua
akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk "menaunginya" dan
kelihatan bahawa anda mahu "berkongsi kasih" dengannya selain anak
perempuannya.

Kembangkan hubungan anda dengan mentua perempuan. Ini boleh dilakukan
misalnya dengan mengajaknya berbincang-bincang tentang hal yang
diminatinya, lebih sering mengunjunginya, mengajaknya berjalan-jalan dan
belajar untuk melayannya seperti ibu kandung anda sendiri. Hal ini dapat
membuatkan ibu mentua anda berasa bahawa anda memang memperhatikannya
sebagai individu yang dihargai dan diperlukan.

Libatkan mentua perempuan anda dalam setiap aktiviti yang anda lakukan jika
perlu. Misalnya, anda boleh memintanya tolong menemani anda dan anak anda
berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.

Fokuskan perhatian anda terhadap hal-hal yang baik yang ada dalam dirinya
dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya
anda tahu dia adalah 'tukang masak' yang hebat. Anda boleh melihat dari
sudut positifnya, misalnya anda dapat belajar masak walaupun anda seorang
menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan yang lazat ketika
isteri berpantang dari bersalin. Secara tidak langsung anda telah
meringankan beban ibu mentua yang terpaksa menjaga isteri anda yang sedang
berpantang.

Jangan mengkritik ibu mentua di depan isteri anda. Walau macam mana pun
perangai ibu mentua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian
darah tidak akan hilang sampai bila-bilapun. Kata-kata negatif mengenai ibu
kandungnya hanya akan membuat isteri anda defensif dan semakin menjauh dari
anda. Empati dengannya.

Walaupun ibu mentua bukan sahabat anda tetapi cubalah selami bahawa dengan
masuknya anda ke dalam kehidupan isteri anda telah "memisahkan" dia dengan
anak yang dicintainya. Cuba bayangkan anda menjadi dia, tiba-tiba anak
perempuan anda meninggalkan diri anda.

Selalulah bersabar dan berdoa. Jangan anggap ibu mentua anda tidak suka
kepada anda. Kaji tentang diri anda sendiri. Mungkin selama ini ada sikap
anda yang memang membuat ibu mentua tidak berkenan walaupun bukan bererti
anda harus mengubah keperibadian anda. Ingat, jika anda dapat bersabar,
selalu memberi perhatian dan sikap positif terhadap ibu mentua,
lama-kelamaan ibu mentua pun akan lembut hatinya.

Ingatlah, jika perilaku negatif dibalas negatif maka seringkali hasilnya
tidak menggembirakan. Memang kebanyakan lelaki tidak pandai menyesuaikan
diri dengan ibu mentua. Yang sering terjadi mereka lalu menghindarkan diri
sejauh-jauhnya dari ibu mentua yang dianggap merumitkan suasana.

Istilah "mengambil hati mentua" itu ternyata ada benarnya juga. Fikirkan
juga suatu hari nanti isteri anda akan menjadi seorang ibu mentua apabila
anak anda kebetulannya perempuan. Fikirkan bagaimana nasib isteri anda
nanti.

Hidup akan semakin mudah jika dari awal anda telah menetapkan
batasan-batasan yang tegas antara isteri anda dan ibu kandungnya. Misalnya,
tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau
meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua.

Jika kelakuan ibu mentua sudah melebihi batasnya, misalnya sudah terlalu
ikut campur urusan rumah tangga anda atau sudah keterlaluan, maka kini
saatnya anda minta isteri anda untuk "menegur" ibu kandungnya. Tentu sahaja
dengan kata-kata yang sesuai. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si
ibu mentua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Lain halnya jika anda
yang mengatakannya sendiri kepada ibu mentua. Kemungkinan hubungan anda
dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat
dilupakan.

Jika pertengkaran antara ibu mentua dan menantu perempuannya tidak dapat
dihindari, suami sebaiknya menjadi orang tengah yang adil. Katakan yang
benar adalah benar dan yang salah adalah salah. Selalulah mengambil hati
ibu mentua anda. Mungkin dengan membelikan ole-ole setiap kali anda
bertugas di luar daerah. Misalnya, anda membelikan kain batik yang
kualitiya sama dengan apa yang anda belikan untuk isteri anda. Lihatlah
reaksi di wajahnya. Selamat mencuba.

Tuesday, November 23, 2010

Adam tetap Hawa


 Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka,
 fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya.
 Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

 Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
 Untuk diluruskan oleh lelaki.
 Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
 Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

 Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka
 diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan
darinya.
 Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin
 liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
 akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di
 situlah punca kekuatan dunia.

 Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
 Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
 Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

 Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
 Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
 Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia
 bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

 Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
 Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
 Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
 Bahkan akan semakin membengkok...
 Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

 Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara....

 Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
 Tapi binalah kepimpinan...
 Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan
 diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
 pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
 Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

 tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
 andai diri tak sehebat SULAIMAN,

 mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
 jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

 tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM
 andai diri tak sekuat HAJAR,

 Mengapa didambah kekasih sempurna MUHAMMAD atau KHADIJAH,
 Jika kita insan biasa...