Iklan

Wednesday, October 6, 2010

Episod 2..Bermula la kisahnyee Fakhruz Nordin a.k.a Spark La Cruz

Episod 2

Tahun 1999 aku memohon untuk masuk IPT,maktab Perguruan, Institut Latihan PETRONAS , Politeknik dan ALAM (Akedemi Laut Malaysia kalau tak silap aku). Rezeki aku murah masa tu sebab semua permohonan aku diterima kecuali ALAM sebab B.I tak bagus kot. Aku diterima masuk UITM, ILPP,Politeknik dan Maktab Perguruan. Impian aku nak masuk universiti tercapai tapi aku kecewa tawaran daripada UITM tidak menepati citarasa aku. Aku mintak Jurusan kejuruteraan Awam tapi lain pulak yang dibagi, Jurusan Pengurusan Bank. Pelik memang pelik. Terpaksala aku tolak sebab risau sangkut dipertengahan jalan. ILPP pulak telah menawarkan aku masuk belaja kat sana tapi aku tolak jugak sebab tawaran tersebut terlalu awal kerana aku menunggu tawaran masuk universiti. Bila UITM tawar lain jurusan pulak dia bagi……bengangnyeeeeeeeee…..Mak ngan Ayah aku suruh pulak terima tawaran daripada Maktab Perguruan. Tapi aku tolak jugak sebab aku fakir aku tak sesuai jadi cikgu dan tak minat mengajar. Nak tak nak terpaksala terima tawaran Politeknik . Aku meneruskan pengajian aku di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. 3 Tahun belaja kat sana, akhirnya dapat jugak aku sekeping DIPLOMA dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Pertengahan tahun 2002 aku mula mencari kerja. Berbekalkan resume dengan salinan sijil-sijil yang aku ada, aku pergi masuk mana –mana syarikat kontaktor binaan yang ada kat Kuantan. Alhamdulillah aku diterima kerja disebuah syarikat kontaraktor binaan (tak payah la aku sebut nama syarikat tu sebab dah lingkup pun akibat hutang banyak sangat). 2 Tahun jugak aku bekerja di syarikat tu sebagai ‘site supervisor’…Aku dah tak tahan lagi bekerja di syarikat binaan tersebut sebab kebajikan pekerja tak dijaga, KWSP dipotong tapi bukan akaun aku kat KWSP tapi duit tu masuk balik akaun bos yang tak bertanggungjawab…(%#$%%^#) marah memang aku marah…sebab tu letak jawatan. Aku mula menganggur..tapi tak lama Cuma seminggu je. Kawan aku ada beritahu tentang jawatan kosong disebuah syarikat binaan tempat kawan aku bekerja. Aku cepat-cepat memohon jawatan berkenaan. Alhamdulillah diterima. Berkerja la aku selama 2 tahun setengah. Disebabkan melihat keadaan kerja aku terumbang ambing, mak aku menasihatkan aku supaya mencari pekerjaan di sektor awam. Pada satu pagi, sambil-sambil membelek helaian akhbar tiba-tiba aku ternampak satu iklan daripada Majlis Amanah Rakyat bagi mengisi jawatan Pembantu Teknik (sekarang ni Penolong Jurutera). Rezeki aku murah sebab aku dipanggil temuduga dah selepas itu aku diterima masuk sebagai penjawat awam di Majlis Amanah Rakyat.



Tahun 2005 bulan Februari aku mula mendaftarkan diri di bangunan ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Aku ditempatkan di Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan. Disebabkan aku ada pengalaman kerja aku ditugaskan menjaga urusan senggaran untuk bangunan premis perniagaan Majlis Amanah Rakyat. Selama 4 tahun aku dalam unit senggaraan. Tahun 2009 aku ditukarkan dalam unit projek pembangunan pulak…belaja benda lain la pulak…




Bersambung Episod 3.....tungguuuuuuuu

No comments:

Post a Comment