Iklan

Monday, October 18, 2010

Faedah Bercakap Benar...

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari,
selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut.

Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber... um,ah'e'um'... (faham2 aje lah)
sampai akhirnya mereka tertidur. Boss tersebut tersedar jam 8 malam. Kelam
kabut menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana
dia pergi..

Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan
kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor
itu, boss itu segera pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

"Ke mana abang pergi hah? Malam baru ingat nak balik?".

"Abang tak mahu berbohong... Sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan
setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam"
jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah... Terpandang kasut suaminya yang
kotor.

"Bohonggg... Ni mesti abang pergi main golf la kan?"

Eeee...

No comments:

Post a Comment