Episod 1
Fakhruz nama tu yang diberikan oleh ayah aku (En Nordin). Aku dilahirkan pada 15 Januari 1981 bertempat di Hospital Besar Kuala Terengganu. Tapi aku ni bukan anak jati Terengganu. Aku ni berdarah kacukan, hehehehehe... tapi bukan kacukan luar negara laaa, kacukan malaysia jugak(Kelantan + Johor). Mak aku asal Kelantan, ayah aku Johor maliiiiiii.Setelah 6 tahun bertapak dibumi ni aku memulakan alam persekolahan di Tadika Pasukan Polis Hutan (Sekarang ni P.G.A) di Kubang Badak, Kuala Terengganu. Bila dah masuk umur aku dah masuk 7 tahun bermula la alam persekolahan sebenar bagi diri aku.
Tahun 1988 aku mula mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal iaitu dekat ngan rumah aku, lebih kurang 800 meter je…Hari pertama ke sekolah biasa la bagi budak-budak mesti Emak dan Ayah aku temankan…Tahun demi tahun aku belaja kat sekolah tu, tup-tup dah nak exam UPSR rupanye…Alhamdulillah keputusan agak ok jugak la 3A 1B…
Tahun 1994 bermula pulak era persekolahan yang tinggi sedikit iaitu alam sekolah menengah. Mula mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri, Seberang Takir. Aku bersekolah di sekolah tu sekejap je iaitu seminggu. Aku faham emak dan ayah aku nak hantar ke sekolah yang terbaik bagi anak sulung dia ni. Aku dihantar pulak ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman iaitu berdekatan dengan Masjid Terapung. Disekolah tu aku tinggal diasrama. Terpaksa berdikari la nampaknya. Tapi aku dah biasa sebab aku dah di 'training' oleh emak nagan ayah aku kat rumah..patutla diaorang suruh aku buat kerja rumah, ada udang disebalik mee rupanya. Tapi hayat aku bersekolah di sekolah ni tak lama jugak. Hanya sebulan je….
Tahun 1997 aku diterima masuk di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang. Iaitu dalam jurusan Kejuruteraan Awam. 2 Tahun jugak aku kat sekolah ni. Di sekolah teknik ni aku memang kuat bersukan.Mane taknye macam-macam sukan aku masuk. Nak cerita panjang jugak sampai esok pun tak abis, tak payah la cerita . Sampai ditegur oleh ayah aku. Akibat kuat bersukan keputusan SPM aku agak teruk jugak. Pangkat 2 Aggregat 25...Bengang je sebab kalau aggregate 24 aku dah pangkat 1 dah…kecewa memang kecewa…tapi tak pela, lupakan tentang keputusan tu sebab aku nak enjoy!!!!!..ye la sebab dah habis zaman persekolahan.
Tingkatan 4KA2 & 5KA2
Pengawas Sekolah
Bersambung………ke episod 2
No comments:
Post a Comment